SITISYAHIDA (:

Kesabaran seorang Al-Humaira.
Saturday 15 February 2014 | 06:39 | 0 Words

Bismillahirahmaanirahim. Alhamdulillah kerana masih diberi udara oleh Allah untuk bernafas masih diberi makanan untuk mengenyangkan perut yang lapar masih diberi air untuk menghilangkan tekak yang dahaga .Alhamdulillah. Alhamdulillah atas segala nikmat yang telah diberikan Allah kepada kita hamba pendosa .

InsyaAllah saya akan berkongsi cerita mengenai seorang isteri Nabi Muhammad SAW yang sangat terkenal iaitu Aisyah Bt. Abu Bakar. Mohon jangan boring dengan penceritaan saya ni pleaseeee -.- *muka mengharap ni nampak tak kalau tak nampak, syahadah cepat!*

Okay . Jom kita berkenalan dulu dengan Aisyah ! (:
Aisyah merupakan puteri Abu Bakar r.a. Rasulullah SAW bernikah dengan beliau setelah Khadijah wafat.
Pada waktu itu, usia Aisyah sangat muda . Sangat mustahil pada zaman kita sekarang perempuan bernikah pada umur semuda itu (serious ai cakap ni you) tapi kalau Allah dah menetapkan sedemikian tak mustahil la kan kann (faham tak ape ai cakap ni you you ni payah faham betul haha). Ketika Rasulullah SAW wafat, Aisyah baru berumur 18 tahun (can you imagine how muda she is that time?) Aisyah wafat pada tahun 57H.

Kisah yang saya akan ceritakan ni berdasarkan Surah An-Nur ayat 11-17.

"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). Janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu, bahkan itu baik bagi kamu. Setiap orang dari mereka akan mendapat balasan dari dosa yang diperbuatnya. Dan barang siapa di antara mereka yang mengambil bahagian terbesar (dari dosa yang diperbuatnya), dia mendapat azab yang besar (pula). Mengapa orang-orang mukminin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata, "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata." Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan 4 orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi , maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah orang-orang yang dusta. Dan seandainya bukan karunia Allah dan rahmatNya kepadamu didunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan oleh pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu). (Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh. Padahal, dalam pandangan Allah itu besar. Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya, "Tidak selayaknya bagi kita membicarakan ini. Maha Suci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar." Allah memperingatkan kamu agar (jangan) kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang yang beriman."  [Q.S. An-Nur:11-17]

Berdasarkan para ulama' tafsir dan hadis mengatakan bahawa ayat ni diturunkan berkenaan dengan peristiwa Aisyah digossipkan berbuat sesuatu yang tercela kerana beliau pulang menaiki unta yang dituntun seorang lelaki bernam Safwan Bin Mu'athal As-Sulamiy.
Ketika itu, Rasulullah SAW dan umat Islam baru selesai berperang dalam suatu peperangan . Perjalanan Rasulullah SAW ketik itu ditemani isteri baginda, Aisyah ra. yang mana mempunyai tubuh yang sangat ringan . Aisyah dibawa dalam sebuah sekedup yang diangkat oleh beberapa orang. Setelah selesai peperangan, ketika pasukan beransur pulang, Aisyah pergi ke suatu tempat untuk menunaikan hajatnya. Ketika beliau kembali ke rombongan, Aisyah kehilangan kalungnya sehinggakan beliau sibuk mencarinya. Sementara tu, petugas yang membawa sekedup Aisyah tak menyedari ketiadaan Aisyah kerana sememangnya tubuh Aisyah sangat ringan. Akhirnya tertinggallah Aisyah dari rombongan. Setelah Aisyah menemui kalungnya, beliau pergi ke tempat pemberhentian pasukan, tetapi tiada seorang pun disitu. Oleh kerana terlalu penat dan mengantuk, Aisyah pun tertidur di tempat itu.

Kemudian Safwan Bin Mu'athal yang tertinggal dari pasukan melalui tempat itu bersama untanya. Ketika melihat Aisyah, beliau berucap :Innalillahiwainnailaihirajiun" . Mendengar itu, Aisyah pun terbangun. Kemudian, Safwan mempelawa Aisyah untuk menunggang untanya . Lalu Aisyah menunggang unta yang dituntun oleh Safwan. Peristiwa ini lah yang menjadi bahan umpatan orang-orang munafik. Mereka menghasut orang-orang muslim untuk berprasangka  buruk terhadap Aisyah.Sebahagian orang muslim terpedaya dengan gosip itu lalu mereka menyebarkan kepada masyarakat Madinah.
Hal ini menyebabkan Rasulullah sedih dan berasa terganggu. Dihadapan kaum muslimin pun Rasulullah menyatakan keresahan baginda .

Dipendekkan cerita,

Suatu hari, Rasulullah berkata kepada Aisyah, bahawa beliau memperoleh berita sedemikian . "Bila engkau bebas, Allah akan menyatakan kebebasanmu. Jika engkau melakukan dosa, mohon ampunlah daripada Allah dan bertaubatlah kepadaNya."

Ya Allah bayangkan perasaan seorang isteri ketika suami yang tercinta meragui kesetiaannya . Aisyah berasa sangat sedih ketika itu. Aisyah pun membela dirinya dengan mengatakan bahawa Allah mengetahui bahawa dirinya tak melakukan perkara itu. Lalu Aisyah mengutip perkataan ayahanda Nabi Yusuf as. :

"Kesabaran yang baik itulah (kesabaranku). Dan Allah sajalah yang dimintai pertolongan terhadap apa yang kalian ceritakn." [Yusuf:18]  
Tak lama setelah itu, turunlah wahyu Allah yang membebaskan Aisyah daripada tuduhan dusta tersebut.

See? Betapa indahnya susunan pengaturan Allah kan . Jika ujian ni tak berlaku kepada Aisyah, sudah semestinya ayat 11-17 dari Surah An-Nur tu tak diturunkan maka habis ah sekarang semua umat manusia saling tuduh menuduh dan saling memfitnah lalu hidup kita pasti saling memerangi and of course tak akan hidup aman seperti sekarang . Betapa Kesabaran itu sangat Indah .Allahu (':





-Past- | -New-