SITISYAHIDA (:

Butterflies In My Stomach?
Tuesday, 18 February 2014 | 05:13 | 0 Words


Assalamualaikum and hello there ! How are you bebeh (: It's good to know that you're fine but I'm not, ya Allah ): I'm really nervous for tomorrow presentation. Bajet je sebenarnya nak nervous beria ia presentation dalam kelas kecik je punn pastu penonton dalam belasan manusia je hahahah tapi bia ah orang nak nervous gak (kaukesah?) 

Eh pastu kenn tadi saya jumpa dengan ustazah yang mula mula dulu ajar saya mengaji AlQuran tau ya Allah rindunya ustazah (': She's like a mother to me . Dolu dolu beliau la yang ajar saya tajwid, cara baca AlQuran dengan tertil dan ajar saya beberapa lagi pelajaran lain like Sirah Tauhid Fiqah and others. Seriously kalau bukan sebab ustazah yang dedahkan saya dengan ilmu ilmu tu semua mesti sekarang saya tak minat kepada agama . Wait a minute. Please don't get me wrong . Betul la yang Allah tentukan yang saya jadi macamni sekarang tapi Allah bagi seorang ustazah kat saya untuk kenalkan saya tentang keindahan Islam giteww faham ke idok? Hee alhamdulillah (: Bagus anak-anak ! Pastu yang ai nak ceghito nya kat sini yang ustazah bagitau yang beliau sejuk hati sangat tengok anak anak murid dia semua (takde la semua pun)  membesar jadi orang yang hebat. Jadi nak habak mai kat sini yang


'Seseorang pendidik mereka akan berasa sangat bahagia bila anak didik mereka membesar menjadi seorang yang hebat.'

 Beliau pun ade tanya saya sama ada saya ada kerja ke hapo kan sepanjang holiday (yang bapak lama dan memboringkan) ni? Pastu ai kabo la "dok,dok kerja pun ustazah,duk kat rumoh jela tolong mak ape yang patut,pastu ikut mak pergi kuliah agama,tu je" Then, ustazah like "Oh? Emm meh la ngajo fardhu ain ni ganti ustazah." Heee saya tengok mak saya mak saya tengok saya  kira mase tu tengah digest lagi la ayat ustazah tadi hahah my bonda pun jawab yang saya ni tengah ambik lesen memandu and bla bla .. Ayat tu menunjukkan yang saya tolak la pelawaan ustazah. Tapi insyaAllah akan dipertimbangkan semula la. Best jugak sebenarnya jadi ustazah ni. Di samping kita mengajar budak budak, ilmu kita pun akan bertambah sekali.

Lagipun kan 3 amalan yang tidak pernah terputus pahalanya ialah :

1.SEDEKAH JARIYAH
2.DOA ANAK YANG SOLEH
3.ILMU YANG BERMANFAAT

Jadi langsung tak dapat rugi apa apa pun kalau kita mengajar orang lain tentang ilmu (esp. ilmu agama) ni malah kita akan dapat berganda ganda kelebihannya dari Allah SWT. Sebenarnya entry kali ni saya nak share resepi tiramisu tau tapi rasa macam dah panjang sangat je saya melalut jadi InsyaAllah saya akan post entry lain pulak untuk resipi tu . Okbhai .

Wallahua'alam (:

-Past- | -New-