SITISYAHIDA (:

Menghalalkan yang Haram. Mengharamkan yang Halal.
Thursday 20 February 2014 | 06:05 | 0 Words

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.

Assalamualaikum and Halo everibadeh ! Sihat ke idok? Alhamdulillah (:
Hahh presentation udah settle kok alhamdulillah walaupun terdapat unsur kebolokan wa kebelitan butir bicara terselit sekali hehe nak buat acano kan lidah ni memang pure made from Tranung pung memang saboh ah jadi gitu (ops!). Miss Najlaa ada pesan suruh kawan recordkan video masa kita tengah present, saya suruh Wink recordkan guna phone saya tapi malangnya phone saya buat hal semalam so no video for my presentation sobs (sedih gila) . Thanks God ada jugak kawan kawan yang baik hati snapkan gambar heee thanks girl ! Mwah mwah :*

(nampak tak wajah kegigihan seorang ibu yang sedang menyediakan makanan  kepada anak anaknya disitu? lol .)

Ehem so back to my topic today .
"MENGHALALKAN YANG HARAM DAN MENGHARAMKAN YANG HALAL"



Saya sebenarnya terlintas nak post entry mengenai perkara ni sebab (sorry kalau ada yang terasa tapi mohon terasa) saya rasa betul, kali ni saya dah tak boleh kunci mulut dan tengok je perkara ni berlaku kat depan mata saya. Aasif ):

1) Menghalalkan yang haram 

“Dan janganlah kamu mengucapkan dusta yang disebutkan oleh lidah lidah kamu, ini halal dan ini haram, untuk kamu ada adakan dusta atas nama Allah; sesungguhnya orang orang yang mengada adakan dusta atas nama Allah tidak akan beruntung. Itu hanyalah kesenangan yang sedikit, tetapi bagi mereka ada azab yang pedih (A Nahl 116-117)

Antara contoh perbuatan yang menunjukkan seseorang itu menghalalkan yang haram, 


Ahmad (bukan nama sebenar) seorang pelajar sekolah agama dan sangat arif tentang ilmu agama. Malangnya setelah dia mengenali seorang pelajar perempuan yang sangat cantik di sekolah itu, dia telah mengajak budak itu selangkah kearah zina (couple). Walaupun dia sudah sedia mengetahui bahawa couple itu adalah HARAM, hati dia tetap membenarkan perbuatannya itu dengan mengatakan, 
"Alah, relaks ah ana couple islamik ape bukan ana buat benda bukan-bukan pun dengan muslimat tu. Tiap-tiap pagi ana tazkirah dia, pesan dia suruh mengaji Al-Quran, suruh perbanyakkan selawat dan zikrullah. Tiap-tiap kali sebelum tidur pulak, ana pesan kat dia supaya jangan lupa melindungi diri dengan membaca Al-Mulk. Hm. Takpe. Tak salah pun hubungan kami ni."


Sigh dik, adik dah tahu kan couple tu haram? Kenapa adik nak menghalalkan jugak sesuatu yang dah terang terang Allah cakap haram? Yang hak tetap hak dan yang batil tetap batil walau takde sorang pun di sekeliling adik yang buat yang hak tu faham tak? (marah ni marah)


2)Mengharamkan yang halal

Tadi saya ada terbaca satu artikel masa tengah ushar wordpress tadi yang bertajuk 'Mengharamkan yang halal lebih berat dosanya daripada menghalalkan yang haram !' (boleh klik SINI kalau nak baca full artikel)

“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” (QS. Al-Baqarah [2]: 185)

Setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Allah adalah indah belaka. Pasti tersirat pelbagai hikmah atas setiap apa yang telah dihalalkan mahupun diharamkan oleh Allah. Tapi kenapa kita sebagai manusia yang lemah dan terbatas ilmunya nak menyibuk dengan kerja Allah? Kesemuanya berkait dengan nafsu yang menguasai diri kita. Kita sendiri yang membiarkan nafsu itu bermaharajalela dalam diri kita sehinggakan kita dengan sewanang wenangnya menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang halal. 

Astaghfirullahal'azim. Mari kita sama sama memohon keampunan daripada Allah SWT atas setiap dosa yang telah kita lakukan sepanjang kehidupan ini. Ya Allah, sesungguhnya dosaku menggunung tinggi namun nikmat yang Kau berikan kepadaku seluas lautan. Terima kasih Ya Allah. Ampunkanku ya Allah. Sesungguhnya diri ini sangat hina dan berlumuran dengan dosa .


Wallahua'lam (:




-Past- | -New-