SITISYAHIDA (:

박근혜 행진
Saturday 1 March 2014 | 00:17 | 3 Words
BISMILLAHIRRAHMAANIRAHIM

Ehem ehem,


HYE



Datang jugak March ni akhirnya setelah lama saya tunggu ya Allah bulan yang paling membuatkan saya tak lena tidur (hek eleh konon tau lena je sebenarnya) tapi sumpah kepala otak ni memang duk fikir pasal satu benda ni je. RESULT. Mohon dipermudahkan oleh Allah segala penandaan kertas jawapan SPM walaupun saya rasa pemeriksa semua dah siap marking kot sebab tinggal 20 hari je lagi kan? Apa apa pun jangan berhenti berdoa plus solat hajat sehingga 20 March nanti sebab sesuatu yang kita tak pernah jangkakan boleh berlaku if Allah wills. 

BIO HAZARDOUS. 
Sejarah bakal terlakar kan, 20 March nanti? Mudah-mudahan .. 

Hah ! Meh dekat dekat jap saya nak show off sikit ni hihi ehem ada orang tu kan baik hati tau buatkan saya doodle ! Heee thankyou Ieya (: Jealous betul dengan mereka mereka mereka yang berbakat dalam doodling ni haih -.- Sebenarnya kan awak awak semua yang berbakat dalam doodling ni boleh buat duit tau melalui bakat awak tu dan satu lagi yang paling saya sarankan sangat awak awak boleh gunakan bakat awak tu untuk berdakwah tau, contoh yang boleh saya tunjukkan ialah kak Farah Waheeda iaitu empunya kepada blog dirikudrcinta tuu kenal kan ?(weh famous kot takkan tak kenal?)





Ini semua hasil kreatif Kak Farah Waheeda subhanAllah sangat kreatif ! Quotes yang disertakan pun MasyaAllah sangat awesome ! Tapi ni baru sikit ni ada banyak lagi yang beliau telah hasilkan sebenarnya tapi alhamdulillah dapat jugak setelah puas saya mintak dengan pakcik google tadi kedekut betul ! Dan terdapat ramai lagi insan yang sempat saya kenal yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan bakat ini yang menggunakannya sebagai medan dakwah antaranya kak Aisyah Shakirah, Kak Dena Bahrin, Abang Hafizzi (owner Fizgraphic Enterprise) dan ramai lagi alhamdulillah (:

Dan ni diaaaa doodle saya yang dah Ieya hasilkan ! Wee thankyou Ieya :* 


Anda anda semua yang berminat jugak nak tengok hasil doodle Ieya ke atas gambar korang sendiri jangan lupa tau pergi like page Ieya >Puteri Ichigo Collections< dan yang paling best, Ieya boleh siapkan doodle korang tu dalam masa yang singkat je. Awesome kan? So Selamat Mencuba !


PERINGATAN !
Kepada semua umat manusia yang singgah baca entry ini mohon tembak doa menggunakan machine gun kepada saya dan Team BIO Hazardous semoga peroleh result yang cemerlang. Terima Kasih semua (:


-Past- | -New-