SITISYAHIDA (:

LIEBSTER AWARD
Monday 26 May 2014 | 07:09 | 0 Words
BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM.

Assalamualaikum wbt.

Allah. Kaku sangat rasanya jari jemari ni nak menaip. Lama sangat dah ditangguhkan niat nak post entry ni.
Sorry Anies sebab lambat sangat buat award ni anyway thankyou yeah kasi soalan in malay haha tahu-tahu je kita dapat B jugak for english teheee sep sikit ! And congrates Anies dengar cerita dapat unikl eh goodluck tau nanti kat sanaaa ;) 

Andd tadi stalk blog Zakira and Syida :( Tension tengok mereka mereka tu rajinnya post entry baru :(
Blog saya ni berkarat doh ni :( Pastu Zakira siap buat LIEBSTER AWARD #2 dahh :( 
Terasa sangat diri ni sangat pemalas sebab alasan busy tu tak boleh digunapakai memandangkan se'busy' mana pun saya, sudah semestinya mereka mereka tu lagi busy dengan medical checkup lagi dengan shopping untuk persiapan nak masuk uni lagi.

Ok saya dah decide awal-awal lagi malas nak ikut peraturan Liebster Award ni.
Saya nak jawab je soalan dari Anies ni terus okeng ! 




1.  Bila korang start blogging ? Dan waktu tu, berapa umur anda ? 
2.  Andaikan Doraemon hidup bersama korang. Apakah satu permintaan yang nak sangatjadi realiti. Nak Nobita jadi cerdik ke, Giant jadi kurus ke, apa-apa lah XD 
3.  Pernah tak korang buat satu perkara yang memang pelik, lain dari yang lain. Contohnya,buat breakdance dalam tandas ke, mandi sekali dengan binatang peliharaan ke, ... 
4.  Your favourite meal ? Kenapa agaknya. 
5.  Mark Zuckerberg kata, what's in your mind ? So, apa korang tengah fikir sekarang ? 
6.  Tell me your nickname that you hate to hear. Kalau saya, tak ada pun XD 
7.  Baju yang korang pakai semasa jawab soalan ni. Cerita lah sikit ciri-cirinya. 
 8.  Bila last time korang beli barang guna duit sendiri. Apakah barang tu ? 
9.  Antara empat musim : Bunga, Panas, Salji, Luruh, yang mana korang paling suka ? 
10. Namakan satu filem hindustan yang favourite punya. Tengok ratus kali tapi tak bosan. 
11. Agak-agak, soalan ni susah tak ? and apa pendapat korang tentang blog saya XD


1. Saya start blogging since saya form two kalau tak silap, tahun 2010. Tapi time tu blog hodoh gila ah (yang  sekarang takde la lawa sangat tapi ok la kot? haha) 

2. Haha kalau Doraemon hidup dengan Ida sekarang, saya nak dia pinjamkan saya pintu ajaib dia tu yang  boleh bawak kita semua pergi mana mana je weee :D

3. Apa eh perkara pelik yang saya pernah buat? Tak ingat la nis, sorry :3 (malas nak ingat balik senanya)

4. Chicken chop ! Mmm mmm *jilat bibir* bestnyaaa jomla belanja saya chicken chop sekali :) ok so  alasannya sebab chicken chop tu best and jarang sangat dapat jumpa yang betul-betul best and perfect.  Setakat ni yang paling best saya pernah makan di Bangi, tapi tak ingat apa nama restoran tu (nanti kalau  ingat, saya bagitahu balik)

5. Saya tengah fikir macam mana nak turunkan balik berat badan saya ni :( someone help me pleaseee.

6. Ok saya pun takde kot :)

7. Hehe saya tengah pakai baju lengan pendek, grey in colour, ada bunga bunga gitew and of course tak  lawa pun sebab nak bawak tido kan tehee :3

8. Baru je semalam ok I beli sandal guna duit sendiri *flipshair* orang bekerjaya kan sekarang ececeh :P

9. Musim salji of course dan sangat sangat teringin nak main dengan salji. Mesir ada 4 musim tapi musim  sejuk kat sana takde salji pun ok kecewa sangat ni :(

10. 3 Idiots. Cerita tu sumpah best ! Kalau boleh nak kasi 100 stars gitu !

11. Hahaha tak. Soalan soalan anies ni tak susah, lawak ade ah. Blog Anies lawaaa sangat kalau boleh nak  lepak kat situ tiap tiap hari :) 


Ok tu je la kan bye :)





-Past- | -New-