SITISYAHIDA (:

Counting the Days.
Thursday 14 August 2014 | 08:35 | 2 Words

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM.
ASSALAMUALAIKUM WBT.





Alhamdulillah, akhirnya after about 2 or 3 months (if im not mistaken) saya mengabaikan blog ni, malam ni berjaya jugak melawan kemalasan yang melanda sejak beberapa bulan ni. Cewah ayat! Hehe. Gambar di atas tu wallahi tiada kaitan langsung dengan entry kali ni, but still kata-kata sahabat baginda Rasulullah SAW ni ialah one of my favuorite quotes until now (:


Bagi yang masih lagi tertanya-tanya (my juniors esp.) ,

"Kak Ida buat apa sekarang eh?"

"Eh, Kak Ida ni further studies kat mana sebenarnya ni? Nampak relax semacam je sampai sekarang?"

"Kak Ida cuti lagi ke sekarang ni?"


Hehe. Ok sekarang Kak Ida tengah tunggu nak terbang la sayangs. Sabar ye. Lepas bulan 9 ni insya Allah awak takkan nampak lagi jasad mahupun bayang-bayang Kak Ida kat Dungun atau sekitar Terengganu ni (: Ya, insya Allah Kak Ida awak ni akan terbang ke Bumi Anbiya' dan mengambil course pergigian di University Of Assiut. Ok so conclusionnya, Kak Ida masih cuti la sekarang dan yeah sudah semestinya saya sangat bosan sangat sangat sangat bosan sebenarnya. Mana taknya weh, hampir 9 bulan kot cuti ): Tapi apa-apa pun rasa syukur kerana masih bercuti tu hadir setelah terbaca segala keluhan rakan-rakan di whatsapp group mengenai schedule mereka kat sana. Hehe. Ok pasni saya pun akan busy macam awak semua dan mungkin lagi busy dari awak semua sebab katanya dak-dak dentistry ni lifeless sikit. Pheww.

Apa-apa pun, saya dengan serendah-rendah hati memohon kepada awak semua agar berdoa semoga segala urusan saya ke sana dipermudahkan oleh Nya. Amin. Thankyou.


Dan untuk sahabat-sahabat EjenSolehah, saya sentiasa doakan awak semua walau dimana jua awak berada, baik di dalam mahupun di luar negara. Moga beterusan qowiy lillahi taala sayang-sayangku. Kita berpenat-penat di dunia untuk berehat-rehat dan menikmati segala keindahan di syurga sana, Insya Allah.

EjenSolehah, saya sayang awak semua lillah (:

Till then, wassalam.



-Past- | -New-