SITISYAHIDA (:

F I R ST
Wednesday 1 October 2014 | 12:52 | 4 Words

BISMILLAHIRAHMAANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT.


Hamdan lillah. Segala puji bagi Allah yg mencipta langit dan bumi beserta segala isinya, yg mengatur segala kejadian dengan Maha Sempurna. Allahu Allah.

Dah lebih 2 minggu saya menjejakkan kaki di bumi barakah mesir ni. Transit di Cairo selama seminggu dan seterusnya bergerak ke assiut dan akan bermukim di bumi assiut selama setahun yg mendatang, insha Allah.

So this is my very first post in egypt, alhamdulillah. Harini baru ada kelapangan sikit sejak tiba di Assiut beberapa hari yg lepas. Rumah dah kemas, bersih dan lawo sekarang wiwiwi syioknya ^^, (creds to manusia manusia rajin dalam rumah 310 ni hehehe) Class akan bermula 11 Oct, iaitu beberapa hari selepas hari raya haji.

#PrayforIda

 Dan tahun ni akan beraya di Assiut je sebab malas nak musafir 6 jam ke Cairo :|

Waktu di Cairo ritu, alhamdulillah pihak musyrif musyrifah yg saaaaangat baik hati dan rajin menganjurkan jaulah ke tempat-tempat yg telah mencatat sejarah islam di sekitar cairo. Thanks ya Rabb for giving me this very precious opportunity. Blessed.


-Masjid Ali Pasha-




Memang diakui seni bina Masjid Ali Pasha ini wallahi tersangatlah lawo woih. Sekali masuk rasa macam tanak keluar dah. Tak puas hati sangat masuk tak sampai 30 mins pun sebab nak kejar masa waktu tu T.T (lain kali nak gi lagi takde ah!)

-Kubu Kota Sultan Salahuddin Al-Ayubi-


 


Lagi lain tempat yg kami pergi ketika jaulah tu ialah makam imam syafie, masjid empat mazhab ( imam syafie, imam hanbali, imam hanafi, imam maliki) , masjid ibn ata'ilah and etc. Alhamdulillah, sedikit (tak banyak) ilmu yg dapat saya kutip daripada jaulah ritu. Tapi memang serious ah nak gi lain kali, moga diberi peluang lagi oleh Allah swt untuk menjejakkan kaki disana. 

Yang rasa nak gi holiday obersea tapi tak tahu nak gi mana, jemput la bercuti sambil mengutip ilmu di bumi mesir ni (: insya Allah tak rugi sikit pun!


oh Allah, i miss them ♥ 
aku mohon, Kau lindungi dan peliharalah mereka.




"ida, homesick ke?"
"takde ah, rindu diorang je" 


salam rindu dari assiut,  








-Past- | -New-