SITISYAHIDA (:

Random Stories
Monday 3 August 2015 | 01:12 | 0 Words


10 DAYS BEFORE  ✈️  MY  


Lenovo cap itik rosak. Rosak teruk. Charge tak masuk. Tak boleh on terus. 10 hari contact dengan parents and family kat Malaysia guna phone kawan. Tak suka menyusahkan. Tapi terpaksa. Maaf. 

Ramadhan di Mesir. Suasana jauh beza. Ruh Ramadhan tu masha Allah *speechless* . Terawih malam pertama di masjid depan hostel. Lutut sikit lagi nak tercabut. Satu malam 8 rakaat terawih, mereka habiskan satu juzu'. Fuhhhh. Nasib malam pertama Al Baqarah lagi. Kalau tak malaysians memang confirm semua tumbang malam tu. 




Hari pertama puasa Ramadhan. Gerak ke Cairo.  Transit di Cairo beberapa hari before masing masing fly balik MY. Heret luggage yg 15 kg ++ beratnya . Panas . Summer kat mesir ni memang tak main main punya panas dia. Pernah sampai 45-46 C . 6-7 hours perjalanan. Punggung dah terlekat di seat. Cramp. Ni betul dugaan hari pertama puasa. Tiba di Cairo hampir maghrib. Setengah jam lagi nak berbuka. Cari tremco (van). Cuba tahan  taxi. Semua tak berhenti tanda tak nak terima penumpang lagi dah. Semua dah nak get ready untuk ifthar. Perasaan waktu tu ya Allah. Penat, kecewa, sedih, marah. *nangis* Hampir 20 mins melompat lompat kat tepi jalan. Dengan harapan ada yang bersimpati. Alhamdulillah. Sebuah tremco buruk sudi menumpangkan kami. Air tak sempat beli. Makanan pun takde. Kurma lupa bawak.

'Berbuka makan angin lah hari ni'

Azan. Baca doa ifthar, sedut angin debu mesir. Brpp. Nyum. Alhamdulillah. Cukuplah rezeki untuk harini; selamat sampai Cairo. 

"Sampai rumah nanti kita makan puas puas eh" 

pujuk hati yang konon merajuk. 

Tremco tiba tiba berhenti kat tepi jalan. Rupa rupanya kat tepi jalan tu dah ada ustaz ustaz  yg menunggu atau senang cerita berebut nak bahagikan kurma dan air untuk kami berbuka. Rasa macam rezeki betul betul turun dari langit. Hari tu cukup berbuka dengan air kosong dengan kurma. Kenyang sampai berbuka esok pulak. Masha Allah. Suasana ifthar yang takkan dapat di MY. Berbuka atas tremco yg macam roller coaster tu. Bila ingat balik, *senyum*


"Allah itu dekat. Dan sentiasa mengetahui segala isi hati." 
 

(rasa macam betul betul in love with someone; Allah)


"Alangkah, alangkah dan alangkah rasa itu boleh berkekalan sampai bila-bila. 

Pasti aku orang yang paling bahagia. 

Sentiasa 'in love' dengan Pencipta. 

Nikmat yang bukan selalu kau dapat rasa.

Kerana kita insan biasa. 

Yang tidak terlepas dari melakukan dosa. 

Tapi tak salah berusaha,

Kerana Dia 'judge' manusia lihat pada usaha, 

bukan pada hasilnya"


Muhasabah, lalu islah nafsi. Moga sentiasa diredhai. 


Salam sayang,
Syahida.



-Past- | -New-