SITISYAHIDA (:

#101 Random Thoughts About Life 🕊
Monday, 10 August 2015 | 19:24 | 0 Words






UJIAN = PENGALAMAN

Ujian itu mematangkan , begitu juga pengalaman . Ujian datang sebagai pengajaran , peringatan dari tuhan . Pengalaman dan ujian juga mendewasakan . Anggaplah ujian yang diberi tuhan itu sebagai salah satu pengalaman hidup . Bukannya ujian yang dilihat dengan mata kasar merupakan sesuatu yang membebankan dan menyusahkan . Ubah spekulasi terhadap ujian yang sedang dihadapi atau ujian yang akan datang . Jangan anggap sesuatu kesusahan itu ujian , anggaplah ianya pengalaman hidup yang mengajar kita sesuatu yang baru tentang hidup ini .

"Alhamdulillah, kali ini dapat lagi satu pengalaman baru" , thats it .

This will make you feel more better insha Allah :) Have faith


ALARM CLOCK

Esok jadual fit , perlu bangun awal . Set alarm at 4 am tapi terjaga 30 mins earlier , wow wow dia macam wow? nak peluk diri sendiri boleh tak? Haha tapi perasan tak yang *bisik* sebenarnya Allah nak kita tahu yang bangkitkan kita everyday ialah Dia , bukan alat , bukan alarm clock dan bukan juga manusia.

Sekian sahaja pengajaran dari tuhan berkenaan alarm clock . 




..........................(one month later) and i am about to delete this tweet rn . 


PUT YOURSELF IN OTHERS' SHOES

"Your patient's left side is your right side . Please remember that . Ok just imagine that you, dentist is standing beside your patient and feel the pain . Ah yes ! When someone is in some (hard) condition , do you stand in front her/him in order to try to understand her? No right . You have to stand by her to understand her condition and comfort her . The same thing happen here ..." -Dr Yehya 




POHON SEMALU
Tuesday, 4 August 2015 | 04:50 | 0 Words







"cuba Ida fikir macam ni. Ida keluar rumah dengan kaki ayam. terpijak pohon semalu. sakit tak? mesti sakit kan. tapi kalau 20 kali, 30 kali Ida keluar rumah macam tu, rasa lagi ke sakit tu?"


Diam. Dalam. Fikir.

Kalau sekali tinggal solat subuh, rasa bersalah, rasa berdosa, rasa gelisah pasti menghantui jiwa. Tapi kalau dah banyak kali tinggal, rasa gelisah tu dah hilang sebab dosa tu dah sebati dengan jiwa. Dosa tersebut seolah olah dah menjadi darah daging sendiri. 


*switch on tv*

Drama melayu. Perempuan tak pakai tudung. Perempuan berpakaian seksi. Biasa. Bila kebatilan menjadi kebiasaan, kita seolah memandang yang batil sebagai haq. Abang cakap, 

"yang turut menanggung dosa, aku! aku tengok, aku dosa. aku tengok berita sekarang pun boleh dapat sekali dosa. pemberita perempuan susah nak cari yang pakai tudung. aku tengok bola sepak, walaupun players semua lelaki, aurat lelaki sesama lelaki pun tak terjaga. sama jugak, dosa. senang cerita sekarang, duduk dalam rumah pun free-free kau boleh dapat dosa." 

Sedih dengan realiti dunia. 

"Mak, jom pindah duduk brunei." 


Teringin nak lari dari huru hara Malaysia. Lari dari kemelut politik Malaysia. Lari dari negara yang mana pemimpinnya tamakkan harta. Rakyat makin bodoh. Atau mungkin sebenarnya tiada kuasa untuk membantah. Bila kepimpinan dikuasai oleh orang orang yang tak menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan. Rosak. 


"zaman Rasulullah saw dulu, baginda berjuang hidup mati Rasulullah demi kesejahteraan umat, demi ketenteraman umat. harta nabi satu-satunya Al Quran. nabi mengikat perut dengan batu demi memastikan umatnya kenyang. pemimpin kita sekarang?"


Telan liur. Pedih, perit, berpasir. 


"Pemimipin kita lagi berpengalaman memijak pohon semalu berbanding kita."


Bila dah tak mampu buat apa-apa, tutup mata. Diam. Act like kau tak nampak apa yang berlaku di depan mata. Moga Allah tunjukkan kebenaran. Dia tahu segalanya. Dia sedang menjaga aib mereka. Dan kita semua. Dan Dia boleh membongkar segalanya dengan cara Dia. Sabar. Kita ada Allah. Pengakhiran sesuatu cerita pasti sejahtera. Jika tidak bahagia, maka itu bukan pengakhirannya. 


Senyum. 


Salam sayang,
Syahida



-Past-